shahbudindotcom
Isu
wang RM2.6 bilion yang didakwa masuk ke dalam akaun peribadi Najib
Razak kembali hangat memanaskan atmosfera politik negara berikutan
bocornya video rakaman Muhyiddin Yassin memperkatakan mengenainya sejak
semalam.
Dalam
video perbualan yang antaranya dihadiri oleh Mukhriz Mahathir dan Abdul
Kadir Sheikh Fadzir itu, Muhyiddin yang baru dipecat sebagai Timbalan
Perdana Menteri mengatakan Najib mengakui tentang kemasukan wang itu ke
dalam akaun peribadinya ketika beliau bersemuka dengannya.
Dengan
ini, walaupun sudah ditubuhkan pasukan petugas khas untuk menyiasatnya,
orangramai akan kembali bercakap, mengeluarkan hujah dan mencipta
pelbagai teori mengenainya selagi tiada penafian yang betul-betul kukuh
dan mantap daripada Najib sendiri.
Di
kepala orangramai ketika ini, mereka percaya wang itu betul-betul wujud
dan sekaligus menjadikan kepercayaan rakyat semakin menipis serta
menjauh daripada Najib. Tambahan lagi sehingga ini, beliau hanya
mengatakan tidak pernah menggunakan wang 1MDB unfuk kegunaan peribadi
saja.
Dengan
terbocornya video yang mengatakan Muhyiddin sudah bersemuka dan Najib
sendiri mengaku mengenai wang itu, ia tambah mengukuhkan lagi keyakinan
ramai mengenainya.
Meskipun
dipecat dan kehilangan jawatannya, berbanding Najib, Muhyiddin
nampaknya lebih memenangi perang persepsi dan kepercayaan rakyat
berkaitan isu wang RM2.6 bilion ini.
Mengukuhkan
lagi ialah Najib tetap membisu meskipun setelah video perbualan
Muhyiddin itu tersebar luas. Jabatan Perdana Menteri juga kelu lidah
dibuatnya. Hanya Ketua Penerangan UMNO, Ahmad Maslan yang tampil
menyebut bahawa dakwaan Muhyiddin itu tidak betul kerana katanya, Najib
tidak pernah menggunakan wang 1MDB serta tiada sebarang kemasukan wang
ke dalam akaun peribadinya.
Tetapi
yang lebih kelakar ialah bila ada pula mengatakan urusan wang itu
merupakan hal peribadi Najib dan tidak ada sesiapa, termasuk Muhyiddin,
berhak mengetahui atau mencampurinya.
Dalam
cubaan mengampu dan membodek yang kononnya bertahap pemikir itu, ia
dalam waktu yang sama seolah-olah mengesahkan wang RM2.6 bilion itu
benar-benar mengalir masuk ke dalam akaun bank Perdana Menteri.
Memang
akaun bank adalah hak peribadi seseorang, tetapi oleh kerana Najib
merupakan Perdana Menteri, rakyat berhak mengetahui daripada sumber
mana wang itu diperolehi dan apa tujuan dimasukkan ke dalam akaun
peribadinya jumlah yang sebegitu besar. Lainlah jika Najib seorang ahli
perniagaan atau usahawan biasa yang tiada kaitan secara langsung dengan
rakyat yang membayar cukai.
Ini
menjadikan selagi Najib sendiri tidak berterus-terang mengenai wang
tersebut, bahananya akan terus berlarutan dan membadai, bukan saja
keyakinan rakyat terhadap dirinya, malah kepada UMNO dan BN sehinggalah
tarikh pilihanraya umum akan datang.
Pilihan
terbaik bagi Najib ketika ini adalah dengan pergi ke mana-mana masjid,
junjung Al Quran dan berumpahlah dengan nama Allah bahawa wang RM2.6
bilion itu tidak pernah masuk ke dalam akaun peribadinya dan dakwaan
terhadapnya itu fitnah serta dusta semata-mata.
Jika
dalam kes Altantuya yang dikaitkan dengannya, beliau dengan berani
bersumpah tidak mengenali wanita Mongolia itu, Najib juga sewajibnya
berani berbuat demikian sekali lagi untuk membersihkan namanya serta
mengembalikan keyakinan rakyat terhadap UMNO dan kerajaan yang
dipimpinnya.
Walaupun
perbuatan bersumpah ini masih banyak dipertikaikan dari segi wajar atau
tidaknya dari sudut agama, ia sekurang-kurangnya menunjukkan Najib
berani berdiri atas panji-panji kebenaran dan dalam masa yang sama
memudahkan jentera propaganda dan tentera siber UMNO memperjelaskan isu
tersebut kepada rakyat jelata.
Sumpah
Najib itu setidak-tidak boleh diviralkan di alam maya dan media sosial
untuk membuktikan dirinya benar-benar bersih daripada dakwaan tersebut.
Isu
wang berbilion ini sebenarnya bukan saja harus ditangani dari aspek
undang-undang, tetapi perlu juga diredakan dari sudut persepsi dan
keyakinan rakyat, sekurang-kurangnya sehingga pasukan petugas khas
melakukan siasatan dan mengumpul bukti-buktinya.
Seperti
dalam kes Altantuya, Najib bersumpah dulu pun ketika perbicaraan kes
itu sedang berjalan di mahkamah dan ia dilakukan semata-mata untuk
menepis persepsi umum yang tidak habis-habis mengaitkannya dengan wanita
tersebut.
Jika dulu boleh bersumpah, kenapa tidak sekarang ini?
Lagi
pun, dengan bersumpah itu tidaklah nanti ia menjadikan penjelasan
banyak pihak dalam UMNO jadi berbeza-beza dan pakai logik akal
masing-masing saja. Sumpah itu saja sudah memadai sebagai hujah paling
kukuh untuk mempertahan dan menafikan sebarang kaitan Najib dengannya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan