Akibatnya, syarikat TNB milik tempatan juga tidak diberi keutamaan untuk membeli semula aset-aset tersebut.
SHAH ALAM: Presiden PKR, Wan Azizah Wan Ismail menyifatkan jualan aset penjana elektrik milik 1Malaysia Develeopment Berhad (1MDB) kepada negara asing sebagai satu pengkhianatan yang lebih besar terhadap rakyat Malaysia berbanding dengan rakaman gambar foto anaknya dengan anak Sultan Sulu, Jacel Kiram.
Katanya, langkah 1MDB iatu satu pengkhianatan ekonomi yang jelas tidak mengambil peduli kesan buruk sekali gus gagal menjaga kepentingan rakyat negara ini yang semakin terpalit dengan pelbagai kekangan ekonomi serta survival.
“Tarif elektirik yang bakal ditingkatkan akan menambahkan lagi kos sara hidup untuk kita pikul semua di atas nama mahu selamatkan 1MDB,” katanya dalam ucapan dasarnya pada Kongres Nasional Tahunan Ke-11 parti itu di Ideal Convention Centre pada Sabtu.
Wan Azizah turut mendakwa,akibat jualan penjana elektrik milik 1MDB diberikan kepada sebuah syarikat di negara China, syarikat Tenaga Nasional Berhad (TNB) milik tempatan pula hilang keutamaan untuk membeli semula aset-aset tersebut.
Beliau juga mempersoal aset-aset negara lain yang dirancang dijual kepada syarikat asing pada masa hadapan.
“Apa lagi yang akan kita serahkan kepada negara asing apabila Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) dimeterai pada tahun depan?
“Apa lagi kedaulatan negara akan dihidangkan kepada negara asing?,” soalnya.
Baru-baru ini, Edra Global Energy Bhd, anak syarikat 1MDB, menjual semua asetnya kepada China General Nuclear Power Corp dan anak syarikatnya (CGN Group) untuk RM9.83 bilion
Tiada ulasan:
Catat Ulasan