Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali hari ini mengulangi komitmennya untuk bekerjasama dengan PAS di hadapan pemimpin PAS, Parti Amanah Negara (AMANAH) dan DAP.
Berucap pada Kongres Pemuda dan Wanita PKR, beliau yang juga adalah menteri besar Selangor berkata parti itu adalah satu-satunya yang boleh membuat semua mereka bekerja bersama-sama.
“Saya gembira kerana inilah satu-satu parti PKR yang berjaya menjana kekuatan DAP, AMANAH dan PAS untuk duduk bersama dalam satu pentas untuk lawan Umno-BN,” katanya.
Antara pemimpin yang hadir pada kongres itu termasuk Ketua Pemuda DAP Wong Kah Woh, Ketua Belia AMANAH, Sany Hamzah dan Naib Ketua Pemuda PAS, Khairil Nizam Khirudin.
“Kita menyambut AMAANH dalam keluarga besar kita dan muafakat dalam Pakatan Harapan bersama DAP dan AMANAH akan terus dibina dan diperkukuhkan.
"PKR juga akan meneruskan tahaluf siyasi atau kerjasama politik dengan PAS serta Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan parti politik di Sabah dan Sarawak.
"Ini ketetapan yang diambil Majlis Pimpinan Pusat yang bersidang pada 11 Oktober, kita mahu semua pihak khususnya rakan kita menghormati pendirian PKR dan jangan sekali-kali cuba melaga-lagakan kepimpinan dalam PKR," katanya.
Tidak pasti sama ada amaran itu ditujukan kepada rakan sekutunya dalam Pakatan Harapan iaitu DAP dan AMANAH.
Masalah dalaman pakatan pembangkang mula terserlah apabila pada sidang DUN Pulau Pinang baru-baru ini lima ADUN PKR memutuskan untuk berkecuali berhubung usul Umno mengenai projek penambakan laut.
Ketua Menteri Lim Guan Eng yang juga adalah setiausaha agung DAP membayangkan tindakan mereka itu sebagai rampasan kuasa dalam PKR Pulau Pinang
Tiada ulasan:
Catat Ulasan