HALAMAN SANTAI

Sabtu, 28 November 2015

Khalid: Polis M'sia ke Thailand minggu depan siasat Justo

MALAYSIAKINI


 


Polis Diraja Malaysia akan menghantar pegawainya ke Thailand bagi menyoal siasat Xavier Andre Justo berhubung siasatan syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata polis Thailand telah bersedia untuk menerima kehadiran polis Malaysia untuk menyiasat kes berkenaan.

"Mereka (Polis Thailand) telah bersedia untuk menerima pegawai kita dan akan menyoal siasat Justo," katanya kepada pemberita di ibunegara hari ini.

Terdahulu beliau menghadiri Upacara Perbarisan Tamat Latihan Kadet Inspektor di Dataran Kawad, Pusat Latihan Polis di ibunegara.

Justo, 49, dijatuhi hukuman penjara tiga tahun oleh Mahkamah Jenayah Bangkok Selatan di Thailand pada 17 Ogos lepas kerana memeras ugut bekas majikannya,PetroSaudi sebanyak 2.5 Juta Swiss Frane (RM11 juta) dengan menggunakan dokumen yang dicuri daripada syarikat berkenaan.

Kes Justo menjadi tumpuan di Malaysia berikutan kerjasama yang pernah dilakukan antara PetroSaudi dan 1MDB.

Tiada ulasan: