HALAMAN SANTAI

Sabtu, 28 November 2015

Kementerian Pendidikan Tangani Kesilapan Buku Sejarah Tahun Enam

MSTAR ONLINE
 
 
 
 
PETALING JAYA: Usaha sedang dilakukan untuk menangani masalah kesilapan yang dikesan pada buku teks Sejarah Tahun Enam yang akan digunakan sekolah kebangsaan tahun depan.

Kesilapan itu melibatkan kedudukan Melaka ditempat salah pada peta Semenanjung.

Isi kandungan buku berkenaan dengan tajuk, "Negeri-negeri yang membentuk Malaysia", Melaka diletakkan di sebelah pantai timur di atas Terengganu.

Kesilapan itu diketengahkan menerusi media sosial.

Timbalan Menteri Pendidikan, P Kamalanathan berkata, pihaknya sedia maklum berhubung kesilapan itu dan usaha sedang dilakukan untuk menanganinya.

"Buku Sejarah yang telah dicetak dengan kesilapan itu untuk murid Tahun Enam di sekolah kebangsaan tahun depan.

"Bagaimanapun buku Sejarah untuk sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil tidak terlibat," katanya.

Tambahnya lagi, sebahagian buku yang terlibat telah diedarkan ke semua sekolah.

"Semua buku teks itu akan dikembalikan kepada pihak kementerian," katanya.

Tiada ulasan: