HALAMAN SANTAI

Jumaat, 27 November 2015

‘Mahathir, jangan nak suruh rakyat mengganas’

MALAYSIAKINI


 


Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan Mohd Razlan Muhammad Rafii membidas Tun Dr Mahathir Mohamad kerana mengeluarkan kenyataan bahawa rakyat juga boleh mengadakan protes ganas di jalanan sebagai cara untuk membantah sekiranya sesebuah kerajaan itu tidak adil.

“Kebelakangan ini, Tun Mahathir setiap saat suruh orang berdemo, itu adalah nasihat yang tidak baik kepada rakyat oleh seorang ayah,” katanya dalam satu kenyataan.

Dr Mahathir yang membuat kenyataan itu dalam ucaptama pada Sidang Kemuncak Kuala Lumpur 2015 pagi ini kemudian menjelaskan beliau berucap secara umum dan bukannya dalam konteks Malaysia.

Walau bagaimanapun, ini tidak menghalang Razlan daripada mengkritik bekas perdana menteri itu.

“Bila sudah aman, nak suruh demontrasi, nak suruh ke jalanan, nak suruh ganas, bila tak aman, apa pula nak dikata?

“Mana ada pemimpin yang nak tengok rakyatnya hidup dalam ketakutan selain dari mereka yang sengaja nak puaskan hati sendiri,” katanya.

Razlan juga mengingatkan bahawa Malaysia mengamalkan sistem pilihan raya, di mana kerajaan yang dilantik setiap lima tahun.

“Bila sudah lepas mengundi, buat kerja bangunkan negara, kalau tiap kali kita asyik nak berdemo sahaja, bila nak maju?” soalnya.

Tiada ulasan: