HALAMAN SANTAI

Ahad, 29 November 2015

Gagal kutip sejuta tandatangan bukan perkara besar – Rafizi

 
Kempen Bebas Anwar hanya mampu mengutip 37,000 tandatangan sejak Mac sehingga November atau hanya 3.7 peratus daripada sasaran sejuta tandatangan.


Untitled-1


SHAH ALAM: Kempen ‘Bebaskan Anwar’ anjuran PKR bagi mendapatkan sejuta tandatangan rakyat Malaysia hanya mampu mengutip 37,000 tandatangan sejak Mac sehingga November.

Jumlah itu hanya 3.7 peratus berbanding sasaran sebenar sekaligus menimbulkan dakwaan kempen bagi mendesak kerajaan membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dianggap sebagai tahanan politik telah gagal.

Statistik mengecewakan itu dijadikan ‘bahan’ pemerhati politik dengan dakwaan Anwar dan PKR semakin tidak relevan kepada rakyat Malaysia.

Tohmahan itu bagaimanapun disangkal Rafizi Ramli kerana kegagalan mencapai sasaran sejuta tandatangan bukan perkara besar.

Katanya, PKR tidak mahu terlalu mengenengahkan isu pembebasan Anwar bagi mengelak dilabel sebuah parti yang hanya memperjuangakn Ketua Umum PKR bukannya isu rakyat.

“Kita kena imbangkan isu antara pembebasan Anwar dan kempen lain seperti 1MDB, Najib, GST, PRK Permatang Pauh dan sebagainya.

“Isu ini sensitif. kalau kita tekankan seratus peratus untuk hanya dapatkan tandatangan satu juta, nanti kami dituduh mengenepikan rakyat dan hanya mengutamakan Anwar sahaja. Oleh itu kami bahagi sama rata,” katanya.

Naib Presiden dan Setiausaha Agung PKR berkata, kempen pembebasan Anwar akan diteruskan selepas beberapa isu yang melibatkan pakatan pembangkang selesai.

“Sekarang saya rasa sudah banyak isu selesai, maksudnya isu pakatan pembangkang dan isu skandal yang lain. Kita fokus satu persatu lepas ini kami akan fokus kepada isu Anwar,” katanya.

Tiada ulasan: