Hafiz Yatim
Kira-kira 1,000 ahli akar umbi Umno hari ini berhimpun di Pagoh untuk
menyatakan solidariti mereka terhadap Timbalan Presiden Umno Tan Sri
Muhyiddin Yassin sekaligus mempersoalkan pemimpin parti mengenai
kesalahan yang beliau lakukan.
Pemimpin cawangan dari Umno Pagoh
Samad Ariffin mempersoal apa kesalahan yang dilakukan oleh Muhyiddin
selaku pemimpin nombor dua dalam parti sehingga tidak dibenarkan
merasmikan persidangan sayap parti pada perhimpunan agung Umno kali ini.
Samad
berkata beliau turut mendengar bahawa ucapan penggulungan oleh
kepimpinan parti juga akan dibatalkan dan ditangguhkan sehingga tahun
depan.
"Kami berhimpun di sini dan tidak dibayar untuk menyuarakan sokongan kepada Muhyiddin," katanya.
"Kami
tahu risiko yang akan kami terima, di mana ibu pejabat parti akan rekod
nama kami untuk dilaporkan kepada kepimpinan parti.
"Tapi kami
berdiri teguh bersama Muhyiddin kerana kami tahu beliau berada di atas
landasan yang betul," kata Samad yang mewakili 106 cawangan Umno.
Perhimpunan hari ini menyaksikan kepimpinan MCA, MCA dan MIC bahagian daripada Pagoh turut serta bersama pemimpn Umno.
Keseluruhannya
kira-kira 1,000 pemimpin BN berhimpun pada sebuah dewan di Pagoh turut
menyuarakan sokongan mereka bersma rakan dalam Umno.
Turut hadir tiga pemimpin cawangan di Teluk Kemang yang menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meletakkan jawatan.
Sepanjang
himpunan itu, Muhyiddin menerima memorandum sokongan daripada 106
cawangan dalam Pagoh termasuk veteran Umno dan veteran tentara dari
bahagaian itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan