SHAH ALAM- PKR Sabah menyifatkan isu gambar Nurul Izzah Anwar bersama Puteri Sulu, Jacel H Kiram tidak menjadi isu di Sabah.
Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Sabah, Datuk Lajim Ukin berkata, sebaliknya ia hanya menjadi isu besar kerana ia sengaja dimainkan Umno dan BN sebagai senjata untuk menyerang pembangkang.
"Nurul (Izzah) jangan gundah-gulana soal ambil gambar dengan anak Sultan Kiram di Sabah tidak ada isu.
Isu itu sengaja dibangkitkan oleh Umno dan BN," katanya semasa ucapan pergulungan di Kongres Nasional Tahunan PKR ke-11 hari ini di IDCC.
Mengulas lanjut, Lajim menyeru seluruh ahli PKR supaya bangkit mempertahankan pemimpin parti bagi menjawab segala isu yang dibagkitkan pihak musuh.
"Kita nak pertahankan pemimpin kita, masalah pimpinan bukan masalah Sabah atau semenanjung tetapi tanggungjawab semua, apa yang penting kita perlu pertahankan parti," katanya.
Terdahulu, Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail berkata, isu mengambil gambar bersama puteri Sultan Sulu bukanlah satu pengkhianatan berbanding dengan penjualan aset penjana tenaga 1MDB, Edra Global Energy Bhd kepada General Nuclear Power Corporation (CGN) dari China.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan