HALAMAN SANTAI

Ahad, 29 November 2015

MUNGKINKAH ESOK PERJUANGAN BERMULA?

shahbudindotcom

 

 
 
Esok 29 November, jam 2.00 petang akan diadakan perhimpunan menyatakan sokongan terhadap Muhyiddin Yassin oleh ketua-ketua UMNO cawangan negeri Johor di Bangunan Pekembar, Pagoh.

Perhimpunan sokongan ini pasti akan memanaskan lagi suhu politik dalam UMNO berikutan sebelum ini sudah beratus cawangan menyatakan penolakan terbuka meminta Najib Razak berundur daripada jawatannya.

Apakah esok Muhyiddin akan membuat suatu pengumuman penting mengenai halatuju politiknya berikutan baru-baru ini beliau sudah pun dinafikan kelazimannya merasmikan Perhimpunan Agung Wanita, Pemuda dan Puteri tahun ini?
 
 
 
 
Adakah himpunan sokongan ini  juga diadakan kerana Muhyiddin sudah dapat menghidu bahawa beliau mungkin turut dinafikan untuk berucap menyampaikan ucapan penggulungan Perhimpunan Agung UMNO kali ini?

Nantikan esok, mungkin perjuangan "Berani Kerana Benar" yang sering dilaungkan oleh Muhyiddin akan mula memasuki gear pertamanya


Tiada ulasan: