Khalid menegaskan pihaknya tidak akan berkompromi dengan mereka yang terbabit dengan perbuatan itu
Kuala Lumpur: Dua pegawai kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) ditahan berhubung kes pecah amanah RM1.5 juta membabitkan kontrak ubah suai dan baik pulih Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar, pihaknya tidak akan berkompromi dengan mereka yang terbabit.
“Saya sahkan dua lagi pegawai kanan polis ditahan bantu siasatan. PDRM (Polis Diraja Malaysia) tidak akan berkompromi dengan sebarang tindakan menyalahi undang-undang,” katanya dalam sidang media selepas menghadiri Perbarisan Tamat Latihan Inspektor Siri 2/2015, di Pusat Latihan Polis (PULAPOL), di ibu negara.
Sebelum ini, tujuh individu termasuk seorang pegawai kanan polis bersama pagawai bawahan telah ditahan berhubung kes berkenaan.
Turut ditahan kontraktor yang dipercayai bersekongkol dengan perbuatan itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan