SHAH ALAM - "Sejarah sudah melakarkan bagaimana mereka yang membawa
perubahan sentiasa dizalimi, ditentang dan difitnah kerana perubahan
yang mereka bawakan dan inilah yang terjadi kepada Datuk Seri Anwar
Ibrahim," demikian kata Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan
Ismail.
Katanya, Anwar merupakan seorang pejuang yang membawa idealisme perjuangan rakyat dan agenda yang dibawa bertujuan untuk menentang rasuah, kezaliman, dan salah guna kuasa dalam negara ini.
Anwar kini menghabiskan lima tahun di Penjara Sungai Buloh selepas rayuan akhirnya terhadap kes liwat ditolak Mahkamah Persekutuan pada Februari lalu.
Bagi Wan Azizah, perjuangan Anwar adalah sebuah warisan yang harus dipikul oleh setiap pemimpin dan ahli PKR di peringkat nasional, cabang, dan negeri.
"Anwar merupakan seorang Muslim yang komited sejak dari zaman belia lagi. Beliau mempelopori idealisme Muslim demokrat yang diterima dan diperakui oleh pelbagai kalangan rakyat Malaysia dan dunia sebagai sebuah idealisme yang syumul," katanya dalam ucapan dasarnya di Kongres PKR di Ideal Convention Centre (IDCC) di sini, hari ini
Menurut Wan Azizah lagi, kepimpinan Anwar berjaya menghasilkan penggabungan tiga parti PKR, DAP dan Pas yang membawa impak yang besar.
Pada 2008 memperlihatkan gabungan pembangkang berjaya menafikan majoriti dua pertiga BN bagi kerusi Parlimen dan berjaya memenangi lima buah negeri di Semenanjung.
Mengulas lanjut, Anwar sekali lagi melakar kejayaan apabila berjaya menambah kerusi Parlimen dengan memperoleh 52 peratus undi popular.
"Pemenjaraan Anwar tidak mematahkan semangat kita, tidak mengendurkan perjuangan kita dan tidak akan sesekali mampu menyekat kemaraan kita. Kita harus teruskan proses membina negara merdeka berdaulat," katanya lagi.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan