HALAMAN SANTAI

Ahad, 29 November 2015

Bagaimana nak pikul amanah jika aspek kerohanian terabai - Rafizi

Mariah Ahmad, Astro Awani
Bagaimana nak pikul amanah jika aspek kerohanian terabai - Rafizi
RAFIZI: Saya bimbang bila kita menang, bagaimana kita akan pikul amanah. -Gambar fail
 

SHAH ALAM : Perbincangan kerohanian perlu diperbanyakkan dalam kepimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR), kata setiausahanya Rafizi Ramli.

Beliau berkata semangat kerohanian perlu diperkukuh dalam setiap anggota parti bagi menghadapi ujian besar yang mendatang.

"Jangan bimbang berdepan dengan UMNO kerana kita akan menang. Saya bimbang bila kita menang, bagaimana kita akan pikul amanah.

"Di ambang kemenangan kita ini, kita jarang bincang (aspek) rohaniah dalam kepimpinan dan keanggotaan parti kita," tambah Rafizi.

Beliau berkata setiap agamawan yang ada dalam parti perlu dimanfaat bagi memperkuatkan semangat kerohanian pada setiap anggota parti.

"Selepas ini kita akan mulakan usrah secara bulanan di setiap peringkat cawangan. Ada cawangan yang telah dilakukan sebelum ini.

"Usrah ini adalah untuk mengingatkan kita supaya  berada dalam kalangan mereka yang benar dalam berkata dan perbuatan," kata Rafizi yang juga naib presiden PKR dalam ucapan pergulungan pada Kongres Nasional Tahunan PKR ke-11 di Ideal Convention Center Shah Alam, Selangor.

Tiada ulasan: