HALAMAN SANTAI

Ahad, 29 November 2015

Ketua cawangan Umno lawan Najib adalah ‘insan kecewa’, kata Noh Omar



Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar menyifatkan tindakan beberapa ketua cawangan parti yang mendesak Datuk Seri Najib Razak berundur tidak mewakili aspirasi akar umbi dan mempunyai agenda sendiri. – Gambar fail The Malaysian Insider, 28 November, 2015. 
Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar menyifatkan tindakan beberapa ketua cawangan parti yang mendesak Datuk Seri Najib Razak berundur tidak mewakili aspirasi akar umbi dan mempunyai agenda sendiri. – Gambar fail The Malaysian Insider,
 
 
Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar mengatakan sidang tergempar‎ diadakan beberapa ketua cawangan malam tadi untuk mendesak Datuk Seri Najib Razak berundur merupakan kumpulan "insan-insan kecewa". 
 
Bekas menteri Kabinet itu turut‎ menyifatkan sidang tergempar 20 ketua cawangan Umno itu berbuat demikian kerana mempunyai sebab-sebab tertentu dan tidak mewakili aspirasi akar umbi.

"Cuba kita kaji dahulu, kita tengok ketua cawangan ini kedudukannya dalam bahagian itu. Adakah ini kumpulan-kumpulan yang tak setuju dengan bahagian?

"Mungkin masa dalam bahagian dulu dia kalah. (Umno) Selangor ini ada macam-macam yang mendakwa, tapi ini kalau dalam bahagian pun dia kalah. Bila dia kalah, dia menyepikan diri. Tak ikut program-program bahagian. 
 
"(Maka) Ini sekumpulan yang kecewalah. Ada yang tak puas hati dengan bahagian," katanya kepada The Malaysian Insider apabila dihubungi.

Semalam sekumpulan ketua-ketua cawangan Umno melancarkan satu gerakan bagi memaksa Najib meletakkan jawatan sebagai presiden dengan segera supaya parti Melayu itu tidak “dirosakkan” dengan lebih teruk.

Gabungan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM), mahu presiden Umno itu segera meletak jawatan bagi menyelesaikan kemelut yang melanda parti ketika ini.

"Kami nak ulang sekali lagi, presiden parti sudah buat banyak perkara menyusahkan rakyat dan kami nak minta beliau berundur," kata mereka pada satu sidang media di Puchong, Selangor malam tadi.

‎Noh berkata, dalam Umno tindakan berseloroh tidak akan diendahkan kerana sistem dalam parti itu yang berperingkat, lebih-lebih lagi dalam hal membuat usul.

"Pertama, kita tengok kalau ada usul, mesti ada prosedurnya. Daripada cawangan pergi ke bahagian, tapi yang saya tahu semua keputusan Umno bahagian lepas, mesyuarat semua usul menyokong kepimpinan.

"Kalau ikut pada cawangan pun, dia kena bawa ke bahagian dulu, jadi bahagian yang akan memutuskan," katanya.

Menurutnya, usul yang dibawa perlulah mengikut suara majoriti.

"Kalau dalam bahagian ada 100 cawangan, kalau dua tiga cawangan kata bawa usul ini tidak berjaya, takkan suara majoriti nak ikut minoriti?

"Kalau setakat ketua cawangan biasa, dia hanya bercakap bagi pihak diri dia sahaja," katanya.

Menurut Noh, untuk sebarang tindakan kepada 20 ketua cawangan, terpulang kepada bahagian dan Majlis Tertinggi Umno.

"Yang itu (tindakan) terpulang pada bahagian masing-masing. Majlis tertinggi yang akan memutuskan. Umno ini kita ada sistem. Ada peraturan," katanya


Tiada ulasan: