HALAMAN SANTAI

Sabtu, 28 November 2015

Komponen pembangkang digesa diam jika tidak setuju - Azman Ujang

Oleh Azizul Osman & Muhammad Asyraf Azlan

 
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Gabungan pembangkang perlu mengamalkan sikap 'diam tanpa setuju' demi menjaga hubungan kerjasama yang terjalin sejak Pilihanraya Umum ke-12 (PRU12), kata penganalisis politik Datuk Azman Ujang.
 
Ujarnya konsep seperti ini mampu mengurangkan perbalahan antara PKR, PAS, DAP dan Parti Amanah negara (Amanah) yang sering dihambat pergelutan politik.
 
"Kalau tidak setuju (dikalangan pembangkang) diam sahaja, itu lebih baik kalau tidak mengeruhkan lagi keadaan politik negara. Rakyat yang kecewa kerana rakyat inginkan negara yang kurang berpolitik. 
 
"Rakyat akan terfikir adakah mereka (pembangkang) fikir tentang rakyat atau negara, sekiranya asyik nak berpolitik. Kalau pembangkang celaru, negara boleh menjadi tidak stabil juga.
 
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai amaran Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali yang mahu rakan-rakan pembangkang dalam Pakatan Harapan dan PAS supaya tidak melaga-lagakan kepimpinan PKR berhubung apa jua isu.
 
"Saya setuju (dengan Azmin Ali) jangan laga-lagakan (pemimpin) kerana sudah banyak timbul masalah politik menyebabkan ekonomi merudum, jadi kita harus kurangkan politik, terlalu banyak politik telah merosakkan negara. 
 
Pembangkang juga katanya harus berhenti bermain politik dan fokus kepada kepentingan rakyat jika mahu terus mendapat mandat pada PRU14 akan datang.
 
Tambah bekas  Ketua Pengarang Bernama, pembangkang kini terlalu cenderung mempolitikkan sesuatu isu sehingga boleh mengurangkan sokongan daripada pengundi yang semakin jelek dengan drama pembangkang.
 
"Pada keseluruhannya, rakyat sudah muak dengan terlalu berpolitik dengan pembangkang jadi lebih baik mereka mencari jalan sekiranya mahu meneruskan apa-apa pakatan pun dan mereka harus fikir kepentingan negara dan bukan 'periuk nasi' parti sahaja dan kepentingan masing-masing. Rakyat sudah letih dengan politik yang dimainkan oleh pembangkang.
 
Azmin semalam memberi amaran yang merujuk kepada kenyataan Lim Guan Eng selaku Ketua Menteri Pulau Pinang yang mendakwa tindakan lima ADUN PKR di Pulau Pinang ada kaitan dengan cubaan rampasan kuasa jawatan Timbalan Ketua Menteri 1 yang kini disandang Mohd Rashid Hasnon.
 
Mutakhir ini, PKR diserang Guan Eng setelah lima ADUN itu mengambil sikap berkecuali dalam undian usul tambah laut yang dibawa ADUN Barisan Nasional, Muhammad Farid Saad.
 
Lebih memburukkan keadaan apabila ADUN DAP sendiri, Teh Yee Cheu dari Tanjung Bungah mengundi usul berkenaan yang mana tidak pula dipertikaikan Guan Eng.
 
 

Tiada ulasan: