HALAMAN SANTAI

Ahad, 29 November 2015

Azmin: Pembangkang mesti sepakat, elak tiga penjuru

Oleh: Azuan Ab Rahman



KUALA LUMPUR- Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali menegaskan semua parti politik pembangkang harus duduk berbincang bagi memastikan pertembungan tiga penjuru tidak berlaku dalam pilihan raya akan datang.

azmin 1Bercakap kepada pemberita dalam sidang media di Kongres KEADILAN di Shah Alam hari ini, beliau menegaskan KEADILAN komited untuk memastikan pertembungan satu lawan satu dapat berlangsung demi kepentingan rakyat dan negara.

“Kita nak kekalkan pertembungan satu lawan satu.

“Tetapi ini perlu melalui pelbagai proses perbincangan dengan parti di dalam Pakatan Harapan (PH), parti Sosialis Malaysia (PSM) dan PAS,” jelasnya.

Tambah Azmin lagi, KEADILAN sendiri akan mengambil usaha serius bagi merealisasikan tujuan tersebut.

“Ia bukan soal sama ada boleh dilakukan atau tidak, ia perlu dilakukan jika kita mahukan Putrajaya.

“Saya percaya dan yakin dengan pemimpin hari ini sama ada dalam KEADILAN, DAP, PAS dan Amanah perkara ini boleh diselesaikan segera dalam masa yang sesuai,” tegasnya kepada pemberita.

Tiada ulasan: