HALAMAN SANTAI

Ahad, 29 November 2015

BN ada duit, ada jentera, tapi kita...


PKR


SHAH ALAM - Meskipun BN mempunyai peruntukan dana dan jentera untuk menghadapi pilihan raya, tetapi PKR masih dapat saingi BN setiap kali PRU.

Pengarah Strategi PKR, Sim Tze Zin berkata, pimpinan cabang dan ahli parti perlu menolak kebimbangan tersebut dan yakin dengan perjuangan parti.

Ini kerana meskipun parti tidak mempunyai jentera dan dana seperti pihak lawan, parti bagaimanapun mempunyai kekuatan tersendiri yang tidak mampu ditandingi oleh BN.

"BN ada duit, ada jentera, ada menteri di Sarawak, ada kuasa, tetapi kita masih dapat saingi BN. Sebagai bukti, hari ini kita dapat saksikan pertambahan 43 cabang di Sarawak," katanya.

Menurutnya, untuk mengukuhkan parti, Pakatan Harapan perlu menjalin kerjasama dengan parti pembangkang yang lain seperti Pas dan parti lain di Sabah dan Sarawak.

"Kita perlu membina Pakatan Harapan yang betul-betul kukuh bagi memenangi PRU 14.

"Sekarang memang diakui, Pakatan Harapan belum sempurna, masih 'work in progress' tetapi jika kita bekerjasama dengan semua parti-parti prmbangkang, kita boleh menang dalam PRU nanti," katanya lagi.


Tiada ulasan: