HALAMAN SANTAI

Sabtu, 28 November 2015

Tiada Pas, Pakatan Harapan akan rugi


Pas


SHAH ALAM - Ketiadaan Pas dalam Pakatan Harapan akan menyukarkan usaha untuk menewaskan BN dalam PRU14 akan datang.

Perwakilan dari Kedah, Krishnamoorthy berkata, PKR sebagai parti dominan perlu memainkan peranan untuk menarik Pas bersama dalam Pakatan Harapan.

"Saya mahu ingatkan pucuk pimpinan bahawa kehilangan mana-mana satu parti komponen akan merugikan kita selain akan beri keuntungan kepada BN.

"Saya mewakili perwakilan mahu Pas terus kekal dalam Pakatan Harapan,"katanya semasa membahaskan ucapan dasar presiden pada Kongres Nasional Tahunan ke 11, hari ini.

Ucapanya itu turut mendapat sorakan dan tepukan daripada hadirin yang hadir.

Beliau berkata,peringatan terakhir daripada bekas Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahu ikatan antara semua parti dijaga rapi perlu diambil perhatian.

Malah,katanya, semua parti pembangkang harus mengenang kembali kerjasama sehingga memenangi undi popular sebanyak 52 peratus pada PRU13 lalu.

"Rakyat mengidamkan satu pakatan pembangkang yang kuat, tetapi kita bertikam lidah antara satu sama lain seterusnya mengurangkan kepercayaan rakyat kepada pembangkang.

"Justeru, semua parti pembangkang perlu kembali ke meja rundingan dan satu muafakat baharu yang fokus kepada rakyat perlu dicapai,"katanya.


Tiada ulasan: