HALAMAN SANTAI

Ahad, 29 November 2015

'Gagal tegur PM, lebih baik KJ jadi bintang TV'

Shakira Buang


 


Ketua AMK Pusat Nik Nazmi Nik Ahmad hari ini menyarankan kepada Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin agar menjadi 'bintang televisyen'.

Pemimpin muda PKR itu berkata ini kerana menteri belia dan sukan itu gagal menegur dakwaan 'kebangkrapan moral' kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

"Nasihat saya kepadanya, lebih baik fokus saja menjadi bintang televisyen," kata Nik Nazmi dalam ucapan penggulungnya di Kongres Nasional PKR di Shah Alam petang ini,

"Beliau begitu setia bersama presiden parti yang dibelenggu begitu banyak skandal dan kontroversi namun anggota Parlimen Rembau itu tetap gagal mengekang belenggu perkauman yang saban hari semakin serius di kalangan ahlinya.

"Beliau tidak menghentikan kemusnahan hak-hak asasi dan kebebasan politik yang ada di negara ini. Pokoknya beliau telah gagal. Dan beliau akan terus gagal kerana Umno sudah tidak mampu berubah, " katanya lagi.

Sehubungan itu, ADUN Seri Setia itu menyeru kepada pengundi muda supaya tidak lagi mengharapkan Umno-BN khususnya kepimpinan Khairy yang sering dilihat "sederhana dan liberal".

"Saya ingin menyatakan dengan jelas kepada pengundi-pengundi muda Malaysia. Tiada gunanya anda mengharapkan Umno-BN terutamanya pimpinan muda mereka.

"Mereka telah berkali-kali membuktikan bahawa mereka tidak mampu menegur kebangkrapan moral pimpinan utama mereka," kata Nik Nazmi.


Tiada ulasan: