HALAMAN SANTAI

Ahad, 29 November 2015

Dr M enggan ulas Anwar wajar dibebaskan atau tidak

Alyaa Azhar


 


Tun Dr Mahathir Mohamad, yang merupakan musuh ketat bagi bekas ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, enggan mengulas sama ada pemimpin itu sewajarnya dibebaskan daripada penjara atau sebaliknya.

Bekas perdana menteri itu ditanya untuk mengulas kenyataan bekas pemimpin Umno Batu Kawan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan yang berkata bahawa beliau akan menyokong sebarang usaha untuk membebaskan Anwar daripada penjara.

"Itu dia punya pendapatlah," katanya ringkas dalam sidang media di Kuala Lumpur hari ini.

Sementara itu, Dr Mahathir berkata beliau tidak tahu menahu dakwaan wujud usaha untuk memulihkan hubungan kedua-dua pemimpin itu.

"Saya tidak tahu ada usaha ke tidak," katanya yang juga bekas presiden Umno.

Anwar merupakan ada didik Dr Mahathir beberapa dekad yang lalu sehingga bekas pemimpin itu dipecat sebagai timbalan perdana menteri pada 1998.

Tiada ulasan: