SHAH ALAM - "Jika esok pilihan raya, pengundi tak tahu nak undi siapa!" bidas Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM), Fahmi Zainol.
Ini kerana menurut Fahmi, pembangkang dan kerajaan memperlihatkan kelemahan parti masing-masing dengan konflik dan permasalahan dalam parti-parti tersebut.
Fahmi mengambil tempat sebagai wakil anak muda dalam Pidato Rakyat pada Kongres PKR yang berlangsung di Ideal Convention Centre (IDCC) di sini, hari ini.
"Pengundi serba salah. Kalau hari ini hari mengundi, mereka serba salah. Mereka tidak akan turun mengundi.
"Ini kerana pembangkang, Umno asyik bergaduh sesama sendiri," katanya.
Fahmi dalam ucapannya turut menekankan ketelusan dan akauntabiliti dalam pentadbiran ekonomi dan pembangunan rakyat.
"Jika kita dapat elakkan ketirisan dan telus memerintah demi rakyat, saya yakin, kita tak perlu terhegeh-hegeh mencari pengundi, tetapi pengundi sendiri yang akan memilih kita," katanya lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan