shahbudindotcom
Jika Muhyiddin Yassin tidak berani buat hal, takut dengan gertakan Tengku Adnan dan seterusnya kekal dalam UMNO:-
-
Jawatan Timbalan Presiden UMNOnya tetap digantung dan tidak mungkin
dikembalikan lagi, sebaliknya Zahid Hamidi yang "enjoy free" dengan
jawatannya itu.
- 99 peratus kebarangkalian tidak dicalonkan semula bertanding atas tiket UMNO dan BN dalam pilihanraya akan datang.
-
Berjuang dalam UMNO sudah dikira tamat buat Muhyiddin kerana nilai
perjuangan kini hanya jika sedia membodek, mengampu, memuji dan memuja,
bukan lagi untuk menyatakan kebenaran.
-
Kekal sebagai Ketua UMNO Bahagian Pagoh, tetapi tidak mustahil jika
ada pemakan dedak daripada kalangan bekas penyokong dan orang kuatnya
sendiri yang akan mencabar beliau dalam pemilihan pada 2018 nanti dan
seterusnya mampu mengenepikannya.
- Kalau pun masih berjawatan dalam UMNO, persoalannya di mana dan apa jadi kepada UMNO selepas PRU 14 nanti?
- Lebih mungkin berada dalam kategori RTM iaitu "rehat tunggu mati" dan perlahan-lahan akan dilupakan.
-
Tidak akan berlaku sebarang reformasi institusi sebagaimana yang
dicita-cita mahu diperjuangkannya, malah "diktator baru" seperti yang
didakwanya akan terus berkuasa dalam negara ini.
Sebaliknya jika tidak gentar untuk melawan, berani buat hal dan sedia dipecat daripada UMNO:-
- Akan terus disanjung rakyat dan dianggap pejuang dalam membetulkan beberapa kelemahan dalam pentadbran negara.
-
Boleh memilih sama ada bergerak dengan identiti Bebas yang anti Najib,
menubuhkan parti baru atau menyertai mana-mana parti politik lain yang
sedia ada. Pokoknya sokongan rakyat sentiasa ada.
-
Bila-bila masa boleh bertanding semula di Pagoh dan dengan sokongan
pembangkang serta kesediaan mereka memberi laluan satu lawan satu dengan
BN, harapan untuk kekal sebagai Ahli Parlimen tetap tinggi.
-
Tidak mati dalam karier politik, malah jika kena gaya dan betul
tawar-menawarnya, boleh kembali semula memegang jawatan dalam kerajaan
baru untuk sama-sama memperbaiki kelemahan-kelemahan dalam pelbagai
institusi yang pernah dibangkitkannya.
-
Sekiranya BN dapat dikalahkan dalam pilihanraya akan datang berikutan
beban Najib yang tentunya kian memberat, silap-silap boleh memegang
semula sebagai Timbalan Perdana Menteri atau jika nasibnya lebih baik,
tidak mustahil melonjak sebagai Perdana Menteri sama ada dalam kerajaan
baru atau melalui pembentukan sebuah kerajaan campuran.
Pilihan
kini di tangan Muhyiddin untuk memikirkan sama ada mahu terus "hidup"
dan diingati atau membiarkan dirinya "mati" begitu saja.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan