HALAMAN SANTAI

Khamis, 25 Februari 2016

Rosmah mahu semua pakai batik setiap Khamis

Alyaa Azhar

 


Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor mahu semua pekerja memakai batik setiap hari Khamis.

Katanya, dalam usaha menggalakkan industri batik itu, adalah penting untuk mewujudkan permintaan.

"Semua penjawat awam digalakkan memakai batik pada setiap hari Khamis.

"Dengar yang demikian, saya ingin menyeru kepada semua syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat-syarikat swasta untuk turun menggalakkan pemakaian batik di kalangan pekerja mereka pada hari tersebut.

"Cuba bayangkan berapa banyak permintaan yang akan diwujudkan ke atas produk batik. Secara tidak langsung, ia akan membantu mengembangkan industri batik tempatan," kata Rosmah pada majlis pelancaran hari kraf kebangsaan di Kuala Lumpur hari ini.

Menurutnya, terdapat 462 GLC pada masa ini yang mempunyai kira-kira 100,000 kakitangan.

Tiada ulasan: