KUALA LUMPUR: Lapan anak kapal pesawat CN235 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang mendarat cemas di Pantai Kuala Selangor, dibawa ke Pangkalan Udara Subang bagi mendapatkan rawatan.
TUDM dalam satu kenyataannya menyatakan kesemua anak kapal itu diterbangkan dengan helikopter EC 725 dan mendarat di Pangkalan Udara Subang pada 10.18 pagi Jumaat.
Sejurus tiba di Pangkalan Udara Subang, doktor perubatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) membuat pemeriksaan ke atas kesemua anak kapal itu.
TUDM sedang menumpukan usaha untuk membawa keluar pesawat CN235 dari kawasan insiden dan menempatkan anggota Pasukan Khasnya di kawasan itu bagi mengawal keselamatan di tempat kejdian.
Pada 8.50 pagi Jumaat, pesawat CN235 TUDM itu yang membawa lapan anak kapal telah mendarat cemas di pesisir pantai berhampiran Batu 2, Kuala Selangor.
Lapan anak kapalnya selamat selepas dibantu oleh nelayan tempatan di kawasan itu. - BERNAMA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan