HALAMAN SANTAI

Ahad, 28 Februari 2016

Hadi enggan sertai himpunan desak pengunduran Najib

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
MARANG: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan tidak akan menyertai sebarang perhimpunan bagi mendesak pengunduran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
 
"Saya anti Umno….tetapi tidak (anti) orang Umno, orang Umno tidak, orang Umno kita (Pas) hendak berbaik. Ada pun parti Umno sudah banyak (buat) kesilapan. (Oleh itu) saya tidak mahu terlibat dalam himpunan (anti-Najib) itu," katanya dipetik Sinar Harian selepas hadir di Himpunan Harapan Semua (Harap) 3.3 di Padang Mengkuang, semalam.
 
Beliau berkata demikian sebagai mengulas himpunan anti-Najib seperti yang ingin dianjurkan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim, bagi mendesak Najib melepaskan jawatannya.  
 
Bagaimanapun, Zaid berkata, acara yang dijadualkan pada 27 Mac itu bukan merupakan bantahan awam tetapi sebenarnya adalah satu acara yang diadakan secara ‘tertutup’ dan atas ‘jemputan sahaja’ kepada kira-kira 1,000 orang.
 
"Saya lihat ramai masih bercakap mengenai perhimpunan pada 27 Mac, ia sebenarnya satu perjumpaan pemimpin dalam suasana tertutup.
 
“Saya tidak pernah kata ia akan menjadi protes jalanan atau perhimpunan awam. Saya bukannya seperti Bersih," tulis Zaid dalam tweetnya sebelum ini.
 
 

Tiada ulasan: