HALAMAN SANTAI

Isnin, 29 Februari 2016

20 qari sertai tilawah Kelantan, hadiah RM12K menanti

BERNAMA




Dua puluh peserta mengambil bahagian dalam Tilawah al-Quran peringkat negeri Kelantan ke-59 yang berlangsung di Masjid Ismail Petra di Tanah Merah, selama lima hari bermula Sabtu lepas.

Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEAK) Datuk Che Mohd Rahim Jusoh berkata 10 qari dan 10 qariah menyertai tilawah yang menawarkan hadiah wang tunai berjumlah RM12,000 bagi setiap kategori.

"Setiap daerah di negeri ini menghantar dua orang wakil iaitu seorang qari dan seorang qariah. Setiap malam, tujuh orang peserta akan memperdengarkan bacaan mereka," katanya kepada pemberita di sini, malam tadi.

Majlis tilawah anjuran JHEAK itu dirasmikan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yaakub dan dihadiri kira-kira 2,000 anggota masyarakat setempat.

Beliau berkata juara bagi setiap kategori akan membawa pulang wang tunai RM5,000 dan tiket penerbangan mengerjakan umrah manakala naib johan bakal membawa pulang RM4,000 dan tempat ketiga RM3,000.

"Johan qari dan qariah juga akan mewakili Kelantan ke Tilawah al-Quran Peringkat Kebangsaan pada tahun ini," katanya.- Bernama


Tiada ulasan: