HALAMAN SANTAI

Jumaat, 26 Februari 2016

6.9 peratus wanita terpaksa berjauhan dengan suami

SINAR HARIAN


wanita
Gambar hiasan
 

KIRA-kira 6.9 peratus wanita yang sudah berkahwin dan bekerja tinggal berjauhan dengan suami masing-masing.

Peratusan tersebut diperoleh daripada hasil kajian lain yang dijalankan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) dari Sept 2014 hingga Januari 2015 melibatkan 23,112 tempat kediaman dan 57,246 isi rumah.

Memetik laporan daripada blog Vanilla Kismis, realiti ini berlaku di negara ini dan kebanyakan penceraian berlaku di kalangan pasangan yang berkahwin dalam tempoh kurang dari lima tahun.

Malah, keluarga di negara ini juga berhadapan dengan kesukaran pengurusan perbelanjaan pendidikan anak serta keperluan keluarga.

“Kebanyakan wanita berhenti kerja atas faktor masalah penjagaan anak di samping terdapat juga wanita bekerja yang memerlukan pusat jagaan kanak-kanak di tempat kerja.

“Sebanyak 34 peratus warga emas mengalami kesunyian,” tulis blog itu lagi.

Tiada ulasan: