HALAMAN SANTAI

Sabtu, 27 Februari 2016

Keputusan STPM 2015 diumum 2 Mac

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Keputusan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) 2015 akan diumumkan pada 2 Mac ini (Rabu). 
 
Majlis Peperiksaan Malaysia dalam satu kenyataannya hari ini memaklumkan calon sekolah boleh mendapatkan keputusan peperiksaan di sekolah masing-masing mulai jam 12 tengah hari, manakala calon persendirian individu, mereka akan memperolehnya melalui pos.
 
Calon juga boleh menyemak keputusan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan menaip STPM RESULT dan menghantarkannya ke 15888.
 
"Calon juga boleh menyemak keputusan secara dalam talian dengan melayari portal Majlis Peperiksaan Malaysia http://www.mpm.edu.my mulai jam 12 tengah hari pada tarikh berkenaan," katanya. 
 
Pada peperiksaan STPM tahun lalu, seramai 41,987 calon menduduki peperiksaan ini di 742 buah pusat peperiksaan di seluruh negara. 
 
Daripada jumlah itu, seramai 41,544 atau 98.94 peratus adalah calon sekolah kerajaan; 295 (0.70 peratus) calon sekolah swasta; 140 (0.33 peratus) calon persendirian individu dan lapan atau 0.02 peratus adalah calon sekolah kerajaan negeri.
 
 
 

Tiada ulasan: