HALAMAN SANTAI

Jumaat, 26 Februari 2016

Kes Muhyiddin Dipecat: MT Dari Johor Jaga Kepentingan Diri

KELAB GREENBOC


Umno Pagoh: Tahniah 'orang' Johor pecat Muhyiddin

Timbalan Ketua Umno Bahagian Pagoh Ismail Mohamed membidas naib presiden parti itu, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan pemimpin Johor lain kerana menyokong keputusan Majlis Tertinggi yang menggantung Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai timbalan presiden.

“Saya sedih orang Johor disuruh mempengerusikan mesyuarat untuk pecat orang Johor.

“Tahniah Datuk Hisham dan MT orang-orang Johor... kerana terus membiarkan diri menjadi kambing hitam,” katanya kepada Malaysiakini melalui pesanan teks.

Mesyuarat MT Umno hari ini dipengerusikan oleh Hishammuddin, selepas Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak dan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi meninggalkan mesyuarat untuk mengelakkan konflik kepentingan.

Mesyuarat kemudian sebulat suara memutuskan untuk menggantung Muhyiddin berkuatkuasa serta-merta berikutan kritikan terbuka terhadap Najib dan melantik Zahid memangku jawatannya.

Muhyiddin pernah menjadi Menteri Besar Johor dari1986 hingga 1995 dan adalah juga Ahli Parlimen Pagoh serta Ketua Umno Pagoh.

Akibat lantang mengkritik Najib berhubung dana RM42 juta daripada firma milik negara, SRC International dan ‘derma’ AS$ 681 juta yang disalurkan ke akaun bank peribadi perdana menteri, beliau dipecat sebagai timbalan perdana menteri oleh Najib pada Julai tahun lalu.

Bagi Ahli Majlis Tertinggi Umno Abdul Aziz Kaprawi, keputusan itu bukan soal Johor tetapi adalah soal mengenai ahli-ahli Umno di seluruh negara.

“MB Johor pun dalam mesyuarat sebelum ini ada menegaskan kita hormati keputusan AG.

“Ini bukan soal Johor. Ini soal ahli-ahli seluruh negara. Muhyiddin masih ahli Umno dan Ketua Umno Pagoh,” katanya.

Beliau berkata perlembagaan parti menetapkan bahawa mana-mana ahli yang melanggar disiplin mesti bertanggungjawab.

“Tugas timbalan presiden mengikut perlembagaan adalah untuk membantu presiden. Kalau timbalan presiden tidak ikut perlembagaan, parti akan rosak.

“Keputusan sebulat suara telah dibuat tadi. Mesyuarat dipengerusikan Datuk Seri Hishammuddin kerana kedua-dua presiden dan timbalan presiden adalah orang yang berkepentingan dalam isu ini,” katanya. -mk

ULASAN GB

Demikianlah episod yang berlaku di dalam UMNO.

Masing-masing ada kepentingan sendiri. Orang Johor yang menjadi ahli Majlis Tertinggi sokong Muhyiiddin digtantung dari jawatan Timbalan Presiden. Kalau tak sokong khuatir mereka pun dipecat sama.

Langkah tersebut sepatutnya membuka mata rakyat untuk menilai gelagat politkus-politkus di dalam UMNO.

Najib mungkin boleh tersenyum lebar. Namun hukum kebanaran dan keadilan akan terus berjalan.

Orang-orang yang memperjuangkan kebenaran dan keadilan akan sentiasa yakin bahawa Najib akan pasti terhukum sepertimana Tun Dr Mahathir yang kini sedang menjalani "hukumannya" akibat perbuatan lampaunya sebagai Presiden UMNO dan PM.

Tiada ulasan: