HALAMAN SANTAI

Sabtu, 27 Februari 2016

'Muhyiddin diberi cukup peringatan sebelum digantung'

Alyaa Azhar

 


Tan Sri Muhyiddin Yassin telah diberi cukup peringatan sebelum beliau digantung daripada jawatan timbalan presiden Umno, kata Setiausaha Agung Umno, Datuk Tengku Adnan Tengku Mansor.

Tengku Adnan mengulas kenyataan Muhyiddin yang mendakwa beliau digantung tanpa mengikut prosedur yang betul.

"Dia (Muhyiddin) pun hadiri mesyuarat Majlis Tertinggi Umno. Dia pun tahu kita telah sebut kepada dia janganlah buat lagi perkara-perkara yang dia buat, seperti ceramah di Kelab Sultan Sulaiman.

"Lepas tu dia ceramah pulak lagi di tempat-tempat lain.

"Apa prosedur dia nak," kata Tengku Adnan kepada pemberita.

Tiada ulasan: