HALAMAN SANTAI

Jumaat, 26 Februari 2016

Laporan Akhir Audit 1MDB 4 Dan 7 Mac Ini

MSTAR ONLINE
 
 
 
 
 
KUALA LUMPUR: Pembentangan laporan akhir pengauditan Ketua Audit Negara terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dijadualkan semula pada 4 dan 7 Mac ini selepas ditangguhkan pada 24 dan 25 Februari lepas.

Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), Datuk Hasan Arifin berkata mesyuarat itu dijadualkan semula kerana kebanyakan anggota PAC berada di  luar negara termasuk mereka yang menunaikan umrah dan mempunyai komitmen penting.

"Mesyuarat dijadualkan semula pada tarikh baharu itu memandangkan kesemua anggota PAC telah kembali ke tanah air dan selesai dengan urusan masing-masing," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, pada Jumaat.

Dalam laporan sebelum ini, PAC menegaskan bahawa ia kini memberi keutamaan untuk mendengar pembentangan Ketua Audit Negara berhubung Laporan Akhir Pengauditan 1MDB.

Selepas itu, ia akan menyiapkan Laporan PAC untuk dibentangkan di Parlimen secara telus dan adil.

Tiada ulasan: