SHAH ALAM – Seruan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad supaya mengetepikan kepentingan parti demi menyelamatkan negara wajar dipandang serius.
Naib Presiden Parti Amanah Negara, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, beliau menyokong saranan Tun Mahathir yang mahu pemimpin menamatkan kepincangan kepimpinan Perdana Menteri hari ini.
Katanya, gerakan menyelamatkan negara dari kepincangan kepimpinan sebelum ini sudah dilakukan lebih awal iaitu melalui Gerakan Reformasi (1999-2008).
Kemudiannya disambung melalui wadah Pakatan Rakyat (2009-2014) dan terbaharu, Pakatan Harapan.
“Antara sebab utama Perdana Menteri tidak diganti adalah demi menyelamatkan kepincangan kerana Umno masih mempertahankan kedudukan Perdana Menteri yang secara amalannya juga merupakan Presiden Umno.
“Hanya Ketua-Ketua Bahagian Umno memiliki kuasa untuk menolak kepimpinan Perdana Menteri hari ini.
Selagi mereka masih membisu dengan desakan rakyat dan beberapa tokoh penting negara dari parti mereka sendiri, selagi itulah kepincangan dan penyelewengan Perdana Menteri akan terus menjadi ancaman kepada kepentingan negara,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan