HALAMAN SANTAI

Isnin, 29 Februari 2016

Pembangkang sudah cakap apa yang Muhyiddin kata

Muhyiddin Yassin
Muhyiddin Yassin


SHAH ALAM - Gesaan reformasi Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin mungkin disambut hambar oleh rakyat memandangkan ia dilaungkan terlebih dahulu oleh pembangkang, demikian menurut penganalisis politik, Dr Muhammad Shamsinor Abdul Azzis.

Shamsinoor yang merupakan Pensyarah Kanan Universiti Selangor (Unisel) berkata, jadi ia bukan perkara baharu dalam arena politik negara dan kenyataan itu dibuat dalam keadaan beliau sedang tertekan.

"Saya rasa (Muhyiddin) tidak mendapat sambutan sangat sebab rakyat akan nampak bahawa kenyataan tersebut hanya dikeluarkan ketika dia sedang tertekan.

"Sedangkan dahulu ketika beliau masih kuat dalam Umno, itulah (reformasi) yang dilaungkan oleh pembangkang berkali-kali," katanya  ketika dihubungi Sinar Online.

[ARTIKEL BERKAITAN: Jawatan Muhyiddin digantung serta-merta]

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali semalam mengalu-alukan kenyataan tegas Muhyiddin terhadap gesaan reformasi yang dinyatakan oleh pemimpin  Umno itu.

Menurut Azmin, pendirian Muhyiddin itu selaras dengan perjuangan PKR, parti pembangkang dan masyarakat selama ini.

[ARTIKEL BERKAITAN: Gesaan Muhyiddin disambut baik Azmin]

Tambahnya lagi, Muhyiddin mungkin bakal berhadapan dengan situasi sukar dalam mendapatkan sokongan memandangkan beliau menentang Presidennya sendiri, Datuk Seri Najib Tun Razak.


Sebelum ini, Majlis Tertinggi Umno sebulat suara membuat keputusan menggantung jawatan Muhyiddin sebagai timbalan presiden berkuat kuasa serta-merta.


Tiada ulasan: