Pejuang papan kekunci, tentera siber dan juga portal
berita telah membawa dunia maya sebagai suatu permainan, mencipta
realiti versi mereka sendiri dengan tajuk yang mencuri perhatian untuk
kepentingan dan agenda masing-masing.
PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib menyelar tindakan sesetengah ‘pejuang’ papan kekunci, tentera siber, dan juga portal berita yang menyalahgunakan internet untuk menyebarkan maklumat palsu.
Menurut Najib, teknologi telah disalahgunakan untuk menghasut, membawa isu perkauman dan tidak menunjukkan sikap tolak ansur antara agama.
“Pejuang papan kekunci, tentera siber dan juga portal berita telah membawa dunia maya sebagai suatu permainan, mencipta realiti versi mereka sendiri dengan tajuk yang mencuri perhatian untuk kepentingan dan agenda masing-masing. Ini adalah amalan kewartawanan yang tidak sihat,” katanya.
Jelas Najib di blog, dunia maya ini dikongsi oleh semua pihak secara sejagat dan seharusnya ia tidak disalahgunakan.
“Internet adalah ruang terbuka untuk rakyat bersuara. Tetapi ia terpulang pada kita untuk kekal sederhana dan tidak terperangkap dengan agenda oleh pengguna-pengguna yang tidak bertanggungjawab,” ujarnya lagi.
“Kita harus terus menggunakan internet dan media sosial sebagai platform untuk mempromosikan perpaduan dan membendung ia daripada dirampas. Internet adalah suatu alat yang mempunyai kuasa untuk membentuk dan membentuk masyarakat. Ia juga ruang yang besar untuk menggalakkan perbincangan.
“Saya menggesa agar rakyat Malaysia terus terus bersatu dan menggunakan internet untuk kebaikkan bersama. Ia adalah tanggungjawab kita untuk memastikan keharmonian ini dipelihara,” katanya lagi.
Sebelum ini, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah menyekat laman portal berita The Malaysian Insider yang didakwa menyiarkan artikel yang tidak tepat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan