HALAMAN SANTAI

Jumaat, 26 Februari 2016

Pengajaran bahasa ibunda diteruskan di sekolah

SINAR HARIAN


pelajar
Gambar hiasan. - Foto Internet


PUTRAJAYA - Kementerian Pendidikan hari ini menegaskan bahawa pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran bahasa ibunda tidak pernah dihentikan atau dimansuhkan.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Seri Dr Khair Mohamad Yusof berkata ia diadakan sekiranya terdapat permohonan daripada 15 orang ibu bapa atau lebih, dan wujudnya keperluan untuk mengadakannya sama ada di Sekolah Kebangsaan atau Sekolah Menengah Kebangsaan.

"Seperti tahun-tahun sebelumnya, Jabatan Pendidikan Negeri akan melaksanakan kelas-kelas 'Peoples' Own Language' (POL) tahun ini sekiranya terdapat permohonan bagi mengadakan kelas berkenaan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Khair berkata pelaksanaan untuk kedua-dua bahasa ibunda itu di Sekolah Kebangsaan bermula dari Tahun Tiga manakala bagi Sekolah Menengah Kebangsaan, ia bermula dari Kelas Peralihan. - Bernama


Tiada ulasan: