Sebuah NGO badan pemikir hari ini, menggesa rakyat supaya menolak sebarang "campur tangan" daripada kerajaaan, berikutan arahan pembatalan kursus kilat memahami Marxsisme.
Ketua Pegawai Eksekutif, Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas) Wan Saiful Wan Jan berkata adalah ironi untuk polis menuduh Parti Sosialis Malaysia (PSM) cuba menghidupkan semula komunisme
Dalam satu kenyataan, Wan Saiful berkata sebenarnya negara-negara komunis berkuasa yang menghalang ajaran idea dan kepercayaan yang tidak diluluskan oleh kerajaan.
"Rakyat perlu menolak campur tangan paternalistik ini. Tidak penting sama ada kita bersetuju atau tidak dengan Marxsisme.
"Terdapat isu yang lebih besar mengenai kebebasan bersuara dan kebebasan hati nurani yang dipertaruhkan dan kita tidak boleh abaikan perkembangan ini," katanya.
Dalam menekankan bahawa beliau adalah penyokong pasaran bebas yang mengendalikan badan pemikir bebas, Wan Saiful berkata akan menjadi satu "bencana" jika idea-idea Marxsis menjadi dasar di Malaysia.
"Sejarah memberitahu kita bahawa Marxsisme hanya mengakibatkan kesengsaraan dan penindasan rakyat. Tetapi adalah salah untuk menghalang perbincangan sah ideologi berhaluan kiri ini.
"Kita tidak perlu memerangi idea ini dengan menggunakan kekerasan. Sebaliknya, kita mengalahkan idea ini dengan mengemukakan idea yang lebih baik," kata Wan Saiful.
Ketua Polis Negara, Ketua Polis Negara Khalid Abu Bakar semalam menulis tweet bahawa pihaknya tidak akan membenarkan PSM untuk mengadakan kursus yang dijadualkan pada 20 Mac di Petaling Jaya.
Ahli Jawatankuasa Pusat PSM, S Arutchelvan bagaimanapun menafikan dakwaan bahawa parti itu sedang cuba memulihkan komunisme di negara ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan