shahbudindotcom
Sebagaimana
yang dijangka, Timbalan Presiden UMNO, Muhyiddin Yassin akhirnya
digantung jawatannya sehingga pemilihan akan datang.
Sehubungan
itu, Ahmad Zahidi Hamidi diberi kuasa untuk menjalankan tugas timbalan
presiden UMNO sepanjang penggantungan Muhyiddin itu.
Oleh
pemilihan UMNO sudah dianjakkan kepada 2018 dan sebelumnya pula
pilihanraya umum ke 14 terpaksa diadakan, penggantungan ini bermakna
telah "membunuh" terus masa depan Muhyiddin bersama parti itu.
Dengan
perkembangan yang sama, maka yang seharusnya diberikan ucapan tahniah
ialah Zahid Hamidi kerana berjaya menaik setakuk lagi dalam perjalanan
karier politiknya.
Sebagai
pemimpin yang sama-sama berasal dari Perak, Zahid juga tentunya rasa
terhutang budi yang amat sangat kepada Nazri Aziz atas cadangannya
mengusulkan penggantungan Muhyiddin itu kerana dalam masa yang sama
turut menyebabkan peningkatan kepada martabat dirinya secara percuma
dalam hireaki UMNO.
Kepada
Najib, situasi itu belum tentu memberi kekukuhan kepada kedudukannya
sebagai Perdana Menteri. Apa yang berlaku selepas penggantungan
Muhyiddin ini, bersama-sama isu 1MDB, derma RM2,600 juta serta pelbagai
siasatan oleh beberapa negara luar berkaitan syarikat pelaburan itu, ia
tidak mustahil akan terus menjebaknya dalam kemelut kegersangan sokongan
yang tidak berkesudahan.
Muhyiddin
pula, walaupun hanya digantung jawatan tetapi masih kekal sebagai ahli
UMNO, berdiam diri saja selepas ini hanya akan menyebabkan masa
depannya mereput begitu saja.
Melalui
UMNO, masa depan Muhyiddin sudah boleh dikira berakhir mulai hari ini.
Bukan saja harapan untuk kembali memegang jawatan tertinggi dalam parti
itu tiada harapan lagi, bahkan sudah pasti UMNO tidak akan
mencalonkannya lagi untuk bertanding dalam pilihanraya umum akan datang.
Pilihan
selainnya kini adalah ditangan Muhyiddin. Jika kena gayanya,
penggantungan ini boleh dijadikan permulaan kepada pembukaan lembaran
baru dalam perjalanannya sebagai pemimpin dan ahli politik.
Yang
penting, buatlah pilihan yang terbaik dan terus bergerak ke depan
bersama-sama harapan rakyat yang secara umumnya begitu dahagakan
perubahan.
Lagi
pun, penggantungan ini hanya menjadikan kariernya melalui UMNO saja
yang sudah berakhir, tetapi rakyat masih lagi menyokong dan
menyukainya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan