HALAMAN SANTAI

Isnin, 29 Februari 2016

Muhyiddin disaran jangan patah semangat

SINAR HARIAN


Husam Musa
Husam Musa


KOTA BHARU - Bekas Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa berharap Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak patah semangat selepas penggantungan jawatan beliau sebagai Timbalan Presiden Umno.

Katanya, penggantungan yang dihadapi Muhyiddin bukanlah pengakhiran dalam perjuangan untuk Ketua Umno Bahagian Pagoh itu.

“Saya berharap Tan Sri Muhyiddin dapat terus mara bersama saf perjuangan seluruh lapisan rakyat yang cintakan perubahan tanpa ragu.

“Saya percaya beliau  adalah seorang pejuang yang telah memperhitungkan segala langkahnya dan tidak sama sekali patah semangat,” katanya.


Husam yang juga Adun Salor berkata, selagi kemungkaran ekonomi dan politik makin membarah, di situ terletak tanggung jawab seorang pemimpin Muslim berdiri membetulkannya.
“Saya sependapat dengan Tan Sri Muhyidin, bahawa dayungan Islah berdepan kepimpinan yang sedang membesar menjadi ‘monster’, memerlukan paduan tenaga mengatasi batasan parti, pegangan perjuangan dan kaum. Islah adalah tuntutan Islam ke atas penganutnya,” katanya.
Tambahnya, huraian panjang lebar kemelut 1MDB oleh Muhyiddin dalam kenyataannya adalah pelengkap kewajipan menangani isu berkenaan.
“ALLAH memberi janji, jika pemimpin dan rakyat yang cintakan negara yang bersih dari penyelewengan dan salah guna kuasa bagi memacu kemajuan, kemakmuran dan kesaksamaan untuk seluruh rakyatnya, berusaha bersama, mereka akan mendapatkan apa yang mereka impikan pada akhirnya,” katanya.

Tiada ulasan: