Oleh ZULKIFLI JALIL
BUKAN akhbar The Independent di Britain sahaja yang berusia 30 tahun ‘terpaksa’ ditutup kelmarin untuk beroperasi ke format digital atau dalam talian, kisah sama dikongsi banyak akhbar utama di barat.
Akhbar-akhbar kebanggaan Amerika Syarikat seperti Boston Globe, Philadelphia Inquirer, Chicago Sun-Times dan Minneapolis Star-Tribue yang nilai kejatuhannya melebihi 90 peratus berbanding era kegemilangannya, telah beralih ke digital.
Pada Oktober 2012, salah satu media terkemuka Amerika, Newsweek, memutuskan beralih dari media cetak dan sepenuhnya ke format digital. Namun secara mengejut, pada Disember 2013, media yang terasas 1933 itu mengumumkan kembali ke bentuk cetak mulai 2014.
New York
Times melaporkan, sejumlah majalah di Amerika Syarikat termasuk
nama-nama besar harus berjuang dengan penjualan cetak pada separuh
pertama 2013.
Biarpun banyak akhbar sedang cuba memikat pembaca menerusi langganan digital serta aplikasi mobile, mereka sebenarnya sedang menongkah arus yang sangat deras.
Cabaran didepani The Independent yang pernah mencatat edaran harian 420,000 naskhah tetapi kini cuma 40,000 naskhah sehari tidaklah mengejutkan.
Apa sebenarnya nasib yang bakal dihadapi industri media cetak di dunia? Bagaimana dengan media cetak di Malaysia? Apakah ‘kiamat’ akhbar digital akan melanda industri akhbar di negara ini?
Penganalisis industri yang menulis blog Newsonomics dan perunding kepada firma penyelidikan Outsell, Ken Doctor menyatakan, setiap rangkaian akhbar berhasrat untuk memasuki era digital yang pantas. Tetapi hakikatnya tiada siapa yang berjaya biarpun sudah dua dekad usaha dilakukan.
Akhbar-akhbar ini, menurut Ken, hanya mempunyai beberapa pilihan sahaja antaranya mengurangkan kekerapan edisi cetak bagi menjimatkan perbelanjaan. Dan ini telah dilakukan oleh beberapa akhbar harian.
“Kegagalan industri akhbar untuk meningkatkan pendapatan sejak 2008 menyukarkan usaha mereka untuk melabur ke dalam digital.
“Syarikat-syarikat itu terpaksa menggunakan wang yang ada untuk membayar hutang, dividen dan terikat dengan tanggungjawab pencen menyebabkan mereka mempunyai kekangan kewangan untuk melabur,” kata Ken.
Bagaimanapun menurut bekas pengarang akhbar di Chicago yang kini perunding kepada berita digital, Alan Mutter, organisasi akhbar perlu memikirkan semula strategi mereka dan bertindak seperti sebuah syarikat baharu yang kecil (startups).
“Orang dalam perniagaan media perlu sedar bahawa mereka bukan berada di dalam perniagaan media cetak ataupun penyiaran tetapi mereka sedang berada dalam sebuah perniagaan untuk menarik pembaca bagi menjual iklan,” katanya.
Kata Mutter, terdapat banyak akhbar yang sudah menjalin kerjasama dengan Facebook dengan kandungan artikel akan disampaikan kepada pengguna menerusi medium berkenaan.
Hal ini benar kerana penguasaan Facebook dalam kalangan penggunanya di seluruh dunia direkodkan pada 8 Mac lalu mencecah 1.5 bilion. Di Malaysia sahaja, sekitar 13 juta pengguna internetnya memiliki akaun facebook dan dalam kalangan negara Asia, negara ini menduduki tangga keenam paling ramai pengguna facebook.
Firma kajian pengguna Nielsen pada 2013 pula merekodkan penggunaan telefon bimbit di Malaysia adalah yang ketiga tertinggi di Asia Pasifik serta melebihi negara maju seperti Amerika Syarikat dan Eropah - yang menjadi ancaman kepada akhbar.
Marc Prensky, penulis yang dikenali mempopularkan istilah ‘digital native’ mendefinisikannya sebagai orang yang lahir saat dunia sudah sarat dengan teknologi digital dan membuat mereka bijak memanfaatkannya. Mengenai siapa yang masuk dalam kategori digital native, ada yang menyebutkan sebagai generasi yang lahir setelah 1980-an dan ada pula yang menyebutkan generasi 2000-an. Namun, digital native tidak hanya ditentukan dari usia, tetapi berdasarkan pengalaman dan penggunaan.
Pemerhati Human Rights Watch, Andreas Harsono mengutarakan, anak muda pun tidak ingin mereka hanya dikategorikan dalam satu kategori. Beliau mengambil contoh anak muda di Jakarta yang berbeza dengan anak muda di Banjarmasin, Pontianak, Kupang, Riau, dan lainnya. Semua berbeza termasuk kelas ekonominya.
Salah seorang yang menyatakan media cetak atau akhbar ‘semakin pupus’ adalah Rupert Murdoch dari News Corp. Tetapi dia tidak mengatakan ‘lenyap’.
Peranan media cetak akan menjadi lebih berkurangan kerana ada internet. Media digital akan lebih pantas dinikmati, sekali gus melenyapkan sempadan negara dan geografi.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan