HALAMAN SANTAI

Isnin, 28 Mac 2016

Johor setuju rundingan ganti Tambak Johor

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
PASIR GUDANG: Kerajaan Johor mengalu-alukan sebarang perbincangan antara Kerajaan Malaysia dan Singapura berhubung penggantian Tambak Johor. 
 
Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata kerajaan negeri akan memberi sokongan terhadap keputusan menggantikan Tambak Johor sedia ada. 
 
Bagaimanapun, katanya, beliau tidak boleh mengulas lanjut perkara itu kerana ia membabitkan perbincangan antara Kerajaan Malaysia dan Singapura. 
 
"Ia (penggantian Tambak Johor) bukan satu perkara baharu, malah semua tahu, daripada orang biasa termasuk Sultan Johor maklum sudah tiba masa untuk menggantikan Tambak Johor. 
 
"Namun, persetujuan mengenai hal itu tertakluk kepada perbincangan antara kedua-dua negara," katanya. 
 
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Karnival Komuniti Sihat dan Ceria sempena majlis pelancaran penyerahan Kit Rumahku Bebas Denggi di Dataran Taman Mawar di sini, hari ini. 
 
Baru-baru ini, dalam temu bual bersama sebuah akhbar berbahasa Inggeris, Sultan Ibrahim Iskandar bertitah supaya Tambak Johor digantikan bagi memastikan pengaliran air laut di Selat Tebrau berjalan lancar.
 
 

Tiada ulasan: