HALAMAN SANTAI

Selasa, 29 Mac 2016

Ku Li nafi edar SD mahu jadi PM

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Pemimpin veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah menafikan beliau bertanggungjawab mengedar akuan bersumpah (SD) yang menyokongnya untuk menjadi perdana menteri.
 
Ditanya mengenai perkara itu, Tengku Razaleigh, yang lebih dikenali sebagai Ku Li, berkata bahawa beliau tidak mempunyai sebarang pengetahuan mengenainya.
 
Beliau bagaimanpun mengakui menyedar tentang kewujudan dokumen itu, tetapi hanya selepas ia dimuat-naikkan di Facebook oleh seorang ahli parlimen pembangkang semalam.
 
"Saya lihatnya di Facebook, ia nampaknya seperti sepucuk surat kepada Agong, memetik nama saya sebagai contoh, tetapi tidak menamakan saya untuk menjadi perdana menteri.
 
"Ia hanya menggunakan diri saya sebagai contoh, (sebagai) orang yang berpengalaman," katanya pada sidang akhbar di Kuala Lumpur hari ini.
 
Ahli Parlimen DAP Liew Chin Tong semalam menyiarkan surat akuan bersumpah tanpa tandatangan itu di Facebook.
 
Dokumen itu menyatakan hilang kepercayaan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan menyokong pemimpin Tengku Razaleigh Hamzah mengambil alih tampuk kepimpinan.
 
Liew berbuat demikian selepas Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Tajuddin Abdul Rahman mendakwa SD berkenaan hanya rekaan Tun Dr Mahathir Mohamad.
 
Bekas perdana menteri itu dilaporkan berkata Ku Li mengedarkannya kerana mempercayai bahawa beliau mampu mendapatkan jumlah ahli parlimen yang mencukupi untuk menumbangkan Najib, tetapi wakil rakyat Gua Musang itu gagal berbuat demikian.
 
 

Tiada ulasan: