MALAYSIA DATELINE
Tunjuk perasaan pemandu teksi di ibu kota Kuala Lumpur Selasa lalu
merupakan isyarat jelas bahawa keperitan hidup rakyat yang dihimpit
dengan kos sara hidup dan barang yang tinggi sudah sampai ke
kemuncaknya.
Sehubungan itu, satu penyelesaian yang efisyen dan drastik perlu
diambil kerajaan bagi menyelesaikan isu ini kerana pemandu teksi perlu
menanggung kos yang tinggi setiap hari dan pendapatan mereka terjejas
teruk akibat saingan daripada perkhidmatan teksi Uber dan Grabcar.
"Negara dikejutkan dengan tunjuk perasaan oleh pemandu teksi di Kuala
Lumpur kerana tidak berpuas hati dengan kegagalan kerajaan
menyelesaikan isu perkhidmatan teksi Uber dan Grabcar.
"Tunjuk perasaan yang diadakan sendiri oleh pemandu teksi tanpa
kehadiran atau anjuran mana-mana parti politik atau NGO menunjukkan
kemarahan rakyat terhadap kepincangan pentadbiran kerajaan yang gagal
menyelesaikan masalah rakyat," kata Timbalan Ketua Pemuda Amanah
Nasional, Faiz Fadzil.
Sehubungan itu, Pemuda Amanah menawarkan khidmat guaman kepada lima
pemandu teksi yang ditahan kerana hak dan kebebasan mereka untuk
berhimpun dan menyatakan bantahan dijamin di bawah Perkara 10
Perlembagaan Persekutuan.
"Penahanan mereka tidak menyelesaikan isu pokok yang menghantui
rakyat hari ini. Usah bertindak zalim terhadap rakyat. Kezaliman ini
harus dihentikan," kata Faiz yang juga Pengarah Biro Pengguna &
Pekerja Pemuda Amanah Nasional.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan