HALAMAN SANTAI

Rabu, 30 Mac 2016

Azmin tiada halangan laporan polis oleh penentang DASH, SUKE

Shakira Buang

 


Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata beliau tidak boleh menghalang mana-mana pihak yang ingin membuat laporan polis terhadap kerajaan negeri berhubung pembinaan Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH) dan Sungai Besi-Ulu Klang (SUKE).

Tegas Azmin, ini kerana semua pihak berhak berbuat demikian.

Bagaimanapun, Azmin berkata pihaknya telah memberikan penjelasan serta mengambil kira pandangan penduduk khususnya di Damansara Perdana.

"Dan mana yang boleh selesaikan, kita selesaikan. Adalah tidak adil mengatakan kita menolak aduan. Itu tidak adil.

"Cuma kita juga ambil kira lebuhraya berkenaan, kepentingan majoriti yang memerlukan," jelasnya kepada pemberita selepas mengunjungi pameran pengenalan Smart Selangor di Foyer Bangunan Setiausaha Kerajaan Selangor (SUK), Shah Alam hari ini.

Sebelum itu, dua laporan polis dibuat oleh dua badan bukan kerajaan (NGO) terhadap kerajaan negeri Selangor, khususnya Majlis Tindakan Ekonomi Selangor yang dipengerusikan Azmin.

Dua laporan polis itu dibuat oleh NGO Say No To SUKE dan Say No To DASH pada 27 dan 29 Mac.


Tiada ulasan: