HALAMAN SANTAI

Selasa, 29 Mac 2016

Jawatankuasa Hak dan Kebebasan tangguh mesyuarat kes Nurul Izzah, Tian Chua

Oleh Muhammad Asyraf Azlan

 
Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Mesyuarat Jawatankuasa Hak dan Kebebasan untuk menggantung Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dan Tian Chua yang sepatutnya diadakan hari ini ditangguhkan kepada Rabu depan.
 
Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia ketika ditemui pemberita memberitahu mesyuarat itu ditunda kerana ada beberapa masalah teknikal.
 
"Kita telah panggil YB Lembah Pantai untuk beri penjelasan pada hari ini.
 
"Sekarang ini atas perkara-perkara teknikal maka kita tangguhkan mesyuarat pada Rabu akan datang," katanya ketika ditemui pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Hak dan Kebebasan.
 
Beliau juga memberitahu sebarang maklumat masyuarat tidak boleh didedahkan sehingga penyata lengkap dikeluarkan.
 
"Benda-benda dibincang di sini tidak boleh diumumkan hingga penyata lengkap dikeluarkan dan dibentangkan," katanya lagi.
 
Ketika ditanya pemberita berapa lama tempoh perbicaraan, Pandikar memberitahu ia bergantung kepada jumlah saksi yang dikemukakan oleh Nurul Izzah.
 
"Saya tidak boleh katakan berapa lama oleh kerana kita akan dengar berapa saksi yang perlu dipanggil oleh YB lembah pantai.
 
"Ketika ini hanya dua saksi iaitu lembah pantai dan YB Batu.
 
"Jadi kalau nanti lembah pantai namakan orang-orang luar yg bantu kes beliau maka jawatankuasa akan utamakan samada apa yg disebut nanti relevan atau tidak," ujarnya.
 
Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dirujuk ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan ekoran isu bergambar dengan anak pengganas Kesultanan Sulu, Jacel Kiram.
 
Usul itu dipersetujui di Dewan Rakyat selepas mencapai keputusan sesi perbahasan yang membawa kepada undi belah bahagi.
 
Undi tersebut membawa kepada persetujuan merujuk usul Ahli Parlimen Lembah Pantai kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan.
 
 

Tiada ulasan: