HALAMAN SANTAI

Rabu, 30 Mac 2016

Pua: Pendedahan OSA Rafizi tiada kaitan dengan saya

MALAYSIAKINI




Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua menafikan mempunyai sebarang pembabitan dengan pendedahan maklumat sulit yang diklasifikasikan sebagai Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972 oleh Ahli Parlimen Pandan Mohd Rafizi Ramli.

"Ia tiada kena mengena dengan saya. Awak tanya Rafizi dari mana beliau dapat dokumen itu. Saya tidak mahu dikaitkan, "katanya kepada pemberita hari ini.

Pua yang juga adalah anggota Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) berkata demikian ketika ditanya sama ada pendedahan itu akan menjejaskan kedudukannya dalam jawatankuasa berkenaan.

Pua sebelum ini dikritik kerana menganggotai jawatankuasa yang mempunyai 4 ahli daripada parti pemerintah dan pembangkang dalam siasatan mereka ke atas skandal 1MDB tetapi pada masa yang sama secara terbuka mengkritik syarikat pelaburan negara itu.

Malaysiakini tidak memiliki salinan dokumen itu mahupun membuat laporan mengenai kandungannya, kerana kekangan undang-undang yang membawa hukuman penjara mandatori sekurang-kurangnya setahun.

Walau bagaimanapun, 1MDB berkata bahawa dokumen itu adalah petikan dari laporan Ketua Audit Negara ke atas syarikat itu yang telah diserahkan kepada PAC.

Ketua Polis Negara, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar memberitahu Malaysiakini semalam bahawa polis masih mengesahkan sama ada dokumen itu adalah petikan laporan itu, dan sekiranya benar, maka ia sememangnya adalah rahsia rasmi.

Pendedahan sesuatu rahsia rasmi adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 8 (1) OSA, yang boleh dihukum penjara mandatori sehingga tujuh tahun jika sabit kesalahan.

Rafizi mendedahkan dokumen itu kepada umum pada Isnin lalu dengan mendakwa bahawa ia membuktikan hubungan antara 1MDB dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).

Setiausaha Agung PKR itu, sebelum ini mendakwa pesara tentera tidak menerima caruman LTAT mereka sejak 2014, tetapi 1MDB berkata ia tidak lagi berhutang sebarang wang kepada anak syarikat LTAT itu dan tidak boleh dipersalahkan kerana kelewatan berkenaan.


Tiada ulasan: