HALAMAN SANTAI

Rabu, 30 Mac 2016

Nurul Izzah: Adakah JK Kebebasan Parlimen akan berlaku adil?

Kow Gah Chie

 


Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar hari ini mempersoalkan sama ada beliau akan mendapat keadilan daripada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen berhubung pertemuannya dengan puteri Sulu, November lalu.

Ini kerana, beliau berkata, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said, yang mencadangkan supaya beliau dirujuk ke jawatankuasa berkenaan juga adalah anggota jawatankuasa itu yang akan menentukan nasib beliau.

Nurul Izzah menimbulkan bantahannya kepada jawatankuasa itu yang dipengerusikan oleh Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia, apabila beliau dipanggil semalam.

"Itu adalah antara bantahan utama saya," katanya kepada media ketika ditemui di bangunan Parlimen.

"Azalina adalah menteri yang membentangkan usul (terhadap saya) tetapi beliau juga adalah anggota dalam jawatankuasa itu. Jadi beritahu saya, bagaimana saya akan mendapatkan keadilan daripada seseorang yang jelas prejudis terhadap saya?

"Mungkin awak boleh tanya Azalina apa yang paling teruk beliau boleh lakukan ke atas Nurul Izzah?" dia bertanya.

Nurul Izzah juga berkata bahawa beliau tidak akan memanggil Puteri Jacel Kiram untuk tampil sebagai saksinya.

Menurut beliau, Tian Chua (PKR-Batu) juga telah dipanggil untuk memberi keterangan.

Tiada ulasan: