HALAMAN SANTAI

Rabu, 30 Mac 2016

Taraf pendidikan rendah punca kos hidup tinggi - PM

Kow Gah Chie  




Walaupun ramai rakyat Malaysia menyalahkan Cukai Barangan Dan Perkhidmatan (GST) menyebabkan kos hidup tinggi, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pula berkata ia disebabkan taraf pendidikan rakyat yang masih rendah dan mengehadkan pendapatan mereka.

"Salah satu daripada punca besar tekanan dari kos sara hidup ini ialah kerana taraf pendidikan sebahagian besar rakyat masih pada peringkat yang rendah.

"Maknanya kalau kita setakat SPM saja, tak ada lagi sarjana, diploma dan kemahiran tertentu, kita tak boleh dapat pekerjaan yang pendapatan lebih baik," katanya di parlimen hari ini.

Najib berkata kerajaan perlu meningkatkan jumlah rakyat Malaysia yang mendapat kelayakan lebih tinggi daripada sijil SPM.

Perdana Menteri membangkitkan perkara itu ketika ditanya oleh Dr Noor Azmi Ghazali (BN-Bagan Serai) pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat.

"Kos sara hidup banyak bergantung kepada cara hidup yang kita jalankan. Kita mahu rakyat jalankan standard hidup yang tinggi, tapi impian (mereka) terlalu tinggi sehingga (belanja luar) kemampuan dan juga menyebabkan kos sara hidup tinggi," katanya.

Tiada ulasan: