HALAMAN SANTAI

Selasa, 29 Mac 2016

Jazlan beri amaran kepada Tun M, hati-hati bila bercakap

 Oleh Muhammad Asyraf Azlan

 
Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad diberi amaran supaya berhenti mengkritik kerajaan kerana akan lebih banyak bahan bukti yang boleh dikumpul untuk mendakwa bekas Perdana Menteri itu, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamad.
 
"Lagi banyak beliau bercakap lagi banyak kesilapan yang dia akan lakukan," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lobi parlimen.
 
Menurut Jazlan, jika keputusan sisatan menunjukkan ucapan Tun Mahathir ada melakukan kesalahan maka pihak polis tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan.
 
"Seperti yang saya kata siasatan polis berdasarkan butiran ucapan beliau dan lagi banyak beliau bercakap lagi banyak maklumat yang diperolehi untuk polis jalankan siasatan.
 
"Jika keputusan membuktikan beliau melanggar undang-undang dan kami akan mengambil tindakan," ujarnya.
 
Terdahulu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata pihaknya akan meneliti semua rakaman ucapan pemimpin parti politik dan NGO pada Kongres Rakyat 2016, yang berlangsung di Pusat Konvensyen Shah Alam semalam.
 
Ujarnya, polis akan mengambil tindakan sewajarya terhadap mereka yang terbabit sekiranya mendapati ada ucapan berunsurkan hasutan.
 
"Kita akan kaji semua ucapan itu dulu dan jika ada yang berunsur hasutan, sudah tentu mereka menjemput masalah.
 
"Ini termasuklah penganjur Kongres berkenaan," katanya dipetik Berita Harian.
 
Pada Kongres Rakyat 2016 Ahad lalu, seramai 19 pemimpin hadir menyampaikan ucapan perbahasan bagi menuntut pengunduran Datuk Seri Mohd Najib Razak selaku Perdana Menteri.
 
Antaranya mantan Perdana Menteri yang juga peneraju Gerakan Selamatkan Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad; bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan mantan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.
 
Kongres tersebut adalah susulan daripada Deklarasi Rakyat yang dilancarkan awal bulan ini.
 
 

Tiada ulasan: