Norsiah Mohd Ramli, Astro Awani
Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata kes tersebut tidak ada kena mengena dengan sukan dan atlet berkenaan perlu berdepan akibat daripada perbuatannya sendiri.
Khairy Jamaluddin turut meminta Majlis Sukan Negara (MSN) menyiasat perkara berkenaan dengan Jabatan Imigresen.
"Sekiranya dia melanggar undang-undang, dia perlu berhadapan dengan akibatnya. Saya ada meminta MSN menyemak di Imigresen mengenai apa yang berlaku, tetapi kita tidak boleh bertanggungjawab atas apa yang atlet kita lakukan melibatkan kehidupan peribadi mereka.
"Ia tidak ada kena mengena dengan dia bermain badminton untuk negara. Kalau dia telah melanggar undang-undang, dia kena berhadapan dengan akibatnya, tidak kira apa pun."
Khairy Jamaluddin berkata demikian pada sidang media selepas menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman kerjasama Universiti Antarabangsa (UNITAR) dan MSN, di sini, hari ini.
Atlet berusia 28 tahun itu ditahan ketika memecut kereta Mercedes Benz ke arah negara jiran selepas gagal melepasi pemeriksaan di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam pada Isnin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan