HALAMAN SANTAI

Selasa, 26 Julai 2016

1MDB: Siasatan ambil masa panjang, kata KPN

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
PUTRAJAYA: Siasatan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) mengambil masa yang panjang disebabkan kekangan dalam proses mengambil keterangan dan fakta berkaitan secara terperinci.
 
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, selain itu, semakan pelbagai dokumen berkenaan suspek terbabit yang terlalu banyak dan daripada syarikat pelaburan negara itu sendiri turut memanjangkan tempoh siasatan.
 
Khalid menambah, pihaknya membuat segala yang perlu dalam usaha mengenal pasti ketirisan yang berlaku merangkumi setiap sudut siasatan. 
 
"Ada antara suspek yang mempunyai pelbagai dokumentasi sehingga memerlukan tempoh hampir dua minggu atau lebih untuk kita periksa dan kenal pasti. 
 
"Saya harap semua pihak yakin dengan usaha kami dalam menyelesaikan siasatan kes ini," katanya pada sidang media perasmian Persidangan ASEANPOL ke-36, di sini, sebentar tadi.
 
Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat pada Khamis lalu memfailkan saman sivil terhadap 1MDB selepas mendapat maklumat dana badan berkenaan yang sepatutnya dimanfatkan untuk menggalakkan pembangunan ekonomi di Malaysia didakwa terlibat dalam penggubahan wang haram di negara berkenaan.
 
Saman sivil dikemukakan DOJ untuk mengambil tindakan undang-undang dengan menyita hartanah bernilai lebih AS$1 bilion (RM4 bilion) berkaitan 1MDB.
 
Pihak berkuasa Singapura turut sudah menyita aset bernilai S$240 juta (RM710 juta) susulan siasatan membabitkan aliran dana 1MDB yang didakwa terbabit dalam pengubahan wang haram.
 
Seorang individu yang dinamakan dalam aduan rasmi oleh pendakwa raya AS adalah Riza Aziz yang juga anak tiri Najib.
 
Lain-lain yang dinamakan dalam saman itu termasuk ahli perniagaan terkemuka negara, Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai 'Jho Low'.
 
 

Tiada ulasan: